| FOKUS SEMASA SENI SUARA MASA KINI ... DIMANAKAH ISLAM ? SENARIO SENI SUARA MASA KINI Ditinjau kepada perkembangan industri muzik di negara kita masa kini, ramai di antara kita yang menyuarakan rasa gembira dengan kemunculan trend seni suara yang lebih positif pada pandangan Islam. Penampilan kumpulan-kumpulan yang membawa irama nasyid seperti Raihan, Rabbani, Hijjaz, Jauhari, Solehah dan sebagainya semakin mendapat perhatian masyarakat yang menunjukkan betapa mereka prihatin terhadap unsur keIslaman dalam segenap aspek kehidupan. Malah kalau dilihat kepada perkembangan terkini dunia nyanyian hari ini, lirik lagu yang didendangkan juga semakin banyak yang cenderung ke arah bermotifkan moral yang baik, mengingati diri ataupun berupa pesanan tentang ajaran keagamaan. Ini merupakan satu senario yang amat baik dalam mencorakkan industri muzik dan seni suara hari ini. Dalam masa yang sama persaingan dengan lagu-lagu beriramakan seperti rap, rock, dangdut dan sebagainya dengan penampilan persembahan yang banyak terkeluar daripada landasan agama begitu membimbangkan. Lagu-lagu dangdut dinyanyikan oleh artis-artis wanita Islam dalam pakaian yang ketat dan mengghairahkan diiringi dengan lenggok yang merimaskan jiwa lelaki juga adalah fenomena yang perlu diberi perhatian. Lantaran itu, perlulah diberi perhatian dan penelitian yang mendalam dalam memastikan matlamat seni suara Islam dapat diterima selayaknya, tanpa perlunya pembaharuan dan proses modenisasi yang terkeluar daripada garisan panduan Islam. Kepelbagaian konsep nyanyian semasa seperti rock, alternatif, dangdut dan sebagainya adalah satu kreativiti manusia dalam mencipta hiburan untuk jiwa mereka, namun ia juga perlu diberi perhatian dari aspek kesesuaiannya dengan prinsip-prinsip Islam, sekiranya artis hari ini ingin dikatakan sebagai mewakili artis Islam. BENTUK SENI SUARA ISLAM Seni hiburan melalui muzik dan nyanyian merupakan antara elemen keperluan bagi setiap naluri manusia sejak dilahirkan. Sehinggakan kalau diimbas dalam sejarah Islam sendiri pun, Siti Aishah r.a. amat sukakan nyanyian dan hiburan, malah dia mendapat restu daripada Rasulullah SAW. Sebenarnya persoalan seni muzik dan seni suara bukanlah perkara baru diperkatakan dari sudut pandangan Islam, malah berapa ramai sarjana Islam yang telah memperjelaskannya menurut syariat Islam. Imam Al-Ghazali, seorang sarjana terkemuka Islam meletakkan seni suara pada hukum harus dengan memperincikan beberapa kriteria dan adabnya dalam Islam, manakala sebilangan besar ulama feqah seperti Imam Maliki dan Imam Syafie mengharamkannya. Itupun dijelaskan dengan bentuk-bentuk tertentu yang diharamkan, tetapi umumnya adalah bermula dengan hukum harus sebagaimana sarjana Islam, Al-Hazm menyebut sebagai: Tidak ada satu pun hadith sahih dalam bab ini (pengharaman nyanyian). Semua yang diriwayatkan tentangnya adalah rekaan. Demi Allah, sekiranya semua atau satu daripadanya sahaja pun yang benar dan diyakini nescaya kami tidak akan ragu-ragu menerimanya. Malahan dalam suatu hadis yang lain disebut oleh Siti Aishah r.a sebagai menyokong pengharusan seni suara ini, contohnya: Aku mempunyai dua orang penyanyi yang selalu mendendangkan lagu tentang sejarah Buath (iaitu kisah peperangan antara Aus dan Khazraj). Riwayat Al-Bukhari Beberapa contoh dan kriteria seni suara yang dibenarkan (harus) bolehlah diringkaskan seperti berikut, menurut pandangan Imam al Ghazali dan beberapa ulama feqa yang terkemuka iaitu : 1. Nyanyian
berupa seruan mengunjungi tempat-tempat suci seperti
Baitullah, Baitul Maqdis dan sebagainya. Manakala kriteria seni suara yang diharuskan pula, digariskan sebagai : 1. Lirik
nyanyian hendaklah bersih dari unsur-unsur syirik seperti
pemujaan wanita, roh dan sebagainya. PANDANGAN ISLAM TERHADAP SENI SUARA SEMASA Kepelbagaian pandangan ulama Islam dalam menentukan hukum nyanyian atau seni suara ini sebenarnya banyak bergantung kepada persepsi nyanyian itu sendiri. Definisi seni suara berbeza di kalangan ahli bahasa, para ulama fuqaha, sarjana-sarjana Islam, namun apa yang penting adalah merujuk secara terperinci kepada bentuk dan suasana seni suara menurut fenomena semasa. Dilihat pada kriteria dan bentuk seni suara Islam seperti yang digambarkan oleh ulama Islam, memanglah agak sukar untuk kita menerima fenomena semasa dalam industri senisuara di negara kita pada hari ini sebagai suatu yang diharuskan, apatah lagi diwajibkan ataupun disunatkan. Tinggal lagi persoalannya, samada dimakruhkan atau diharamkan oleh Islam bergantung kepada bentuk nyanyian dan persembahan nyanyian itu sendiri. Dalam hal ini, kebanyakan ulama mengambil sikap menyisihkan diri daripada sebarang bentuk nyanyian yang terbentuk pada hari ini. Mereka mengambil sikap untuk berpegang kepada hadith Rasulullah SAW yang berbunyi: Sesungguhnya Allah SWT mengharamkan artis (nyanyian), jual beli artis, harganya, pengajaran ilmu nyanyian dan juga mendengarnya. Sesungguhnya iblis merupakan makhluk pertama yang suka menyanyi. PARADIGMA BARU SENI SUARA MASA HADAPAN Mengharamkan industri muzik ataupun suara secara mutlak adalah merupakan rumusan yang boleh menutup ruang nafkah manusia, dalam masa yang sama seolah-olah menafikan elemen naluri manusia yang cenderung kepada alunan suara lagu dan muzik. Namun ia memerlukan kepada suatu anjakan ke arah paradigma baru agar ia tidak tergelincir daripada landasan yang digariskan oleh Islam. Sheikh Muhammad Al-Ghazali, seorang sarjana Islam di Universiti Al Azhar menyebut tentang seni suara semasa hari ini sebagai realistik dan tiada matlamat murni yang diredhai oleh Allah SWT. Seandainya persoalan ini tidak diselesaikan maka sukarlah masyarakat Islam menerima kedudukan seni suara dan posisi artis dalam hiraki sosial. PENUTUP Para artis dan profesional seni suara pada hari ini perlu mengambil yang sesuai dalam memanfaatkan populariti serta pengaruh yang dianugerahkan oleh Allah SWT ke arah mencari keredhaanNya. Mereka jugalah yang bertanggungjawab untuk membersihkan kembali pandangan cemar oleh masyarakat dan agama. Golongan
ini juga mestilah mempersiapkan diri dengan ilmu yang
cukup sebelum mereka mewakili imej seni suara yang
dikaitkan dengan Islam, umpamanya dengan mengambil contoh
Imam Syafie yang merupakan tokoh ilmu agama dan
dalam masa yang sama adalah pakar muzik yang terkemuka
pada zamannya. |