Sabda Nabi SAW sesiapa
yang mengambil ilmu dan menuntutnya dengan sebaik
mungkin, maka dia telah mengambil satu bahagian
yang cukup banyak dan sesiapa yang menempuh suatu
jalan menuntut ilmu, nescaya Allah SWT
mempermudahkan jalannya ke syurga (riwayat
bukhari). Antara politik dan ilmu sering buat
saya berfikir, meneliti dan mencari. Ada benar
antara politik dan ilmu kadang-kadang buat kita
terkeliru. Suka saya sebutkan di sini politik
sebagai "siasah", sesetengah istilah
arab bagi saya lebih sampai maksudnya.
Sebagaimana maklum, dalam siasah, golongan yang
menerajui pimpinan adalah pemimpin. Siapa
pemimpin itu? Sudah tentu golongan yang
berilmu. Tidak mungkin si dungu dan si jahil
berkemampuan menerajui tampuk siasah negara.
Cukup jelas, point pertama, ilmu itu lebih
penting dari politik, bukan begitu? Sahabat
sekalian.
Dalam siasah syar'iyyah,
para pemimpin adalah ulama', dilihat dari segi
istilah sahaja sudah menggambarkan kepentingan
ilmu itu melebihi kepentingan berpolitik. Ulama'
(jama' bagi perkataan orang yang berilmu). Jelas
menunjukkan kepada kita bahawa tuntutan ilmu itu
melebihi tuntutan bersiasah, kerana si jahil
bukan selayaknya menjadi pentadbir, tapi para
ulama'. Kalau rujuk dalam kitab mana pun,
tuntutan ilmu dan kepentingannya sentiasa
diketengahkan daripada bersiasah. Malah
wahyu yang pertama turun juga menggesa kepada
cintakan ilmu, tidak pula disuruhnya kita
mengutamakan politik, jelas kan?
Satu persoalan. Sesetengah
golongan mempunyai bakat dalam bersiasah, tapi
tak punya ilmu, bagaimana? Mudah saja, golongan
berilmu secara tidak langsung mereka itu adalah
ulama' dan selayaknya menjadi pemimpin, kerana
mereka berbekalkan ilmu. Di situ ada kekuatan.
Tapi golongan yang pertama tadi, yang tidak punya
ilmu tapi mahu terjun ke bidang politik, macam
mana ? Bukankah ia umpama harimau yang tak punya
taring ? Atau pahlawan yang punya pedang tapi
tidak berasah.
Saya sempat merujuk
karangan Syed Hawa yang bertajuk "ad-Durus
fi amal Islami", salah satu ciri pemimpin
yang disebutnya adalah mereka yang mewarisi
keilmuan Nabi SAW dengan mempelajari al-Quran, As-As-Sunnah
dan pentarbiyahan (rohani dan jasmani). Nampaknya
bukan mudah untuk menyelusuri dunia siasah tanpa
bekalan ilmu yang mencukupi, menunjukkan ilmu itu
tangga teratas.
Pernah saya sebut sebelum
ini, Islam tidak memisahkan antara agama dan
politik. Dalam siasah syar'iyyah, pemimpin
terdiri dari para ulama'. Merekalah ahli syurga,
mereka juga ahli perlembagaan dan juga ahli
kabinet. Itu yang sepatut-nya, menunjukkan betapa
tingginya kuasa ulama', (kitab Fiqh Siasi oleh
Mawardi) Begitu juga yang disebut dalam kitab
Nihayah al-Muhtaj, sebuah kitab Fiqh Syafie,
salah satu syarat kepimpinan adalah syarat ilmiah,
yang membolehkan setiap pemimpin itu merujuk
kepada al-Quran dan as-Sunnah serta mentarjihkan
qaul sahabat dan berijtihad. Ini bertujuan untuk
menjaga kemaslahatan umum dalam pentad-biran
negara dengan berlandaskan syariat yang tetap
terpelihara.
Kerana, itu lah Islam.
Segala pera-turan dalam Islam adalah bertujuan
untuk kemaslahatan. Cumanya kita di Malaysia,
ulama dijadikan bahan rujukan, tetapi
perlaksanaan terletak di tangan mereka. Bagi
orang-orang seperti ini, politik adalah segala-galanya.
Bukan ilmu yang dipandang kira dan kalau pun
saudara punya bakat dalam pimpinan, tanpa ilmu,
saudara juga berpeluang menjadi orang-orang
penting dalam rempah ratus politik sekular.
Kerana mereka memisahkan antara agama dan poltik.
Dapatkah politik
menyelesaikan segala-galanya ? Ya, bagi golongan
seperti ini, politik adalah kuasa. Kerana politik
punya banyak kepentingan dan kuasa di tangan
mereka,malah undang-undang juga boleh
dipolitikkan. Ini jelas berlaku di Malaysia.
Jelas bukan, inilah bahana orang yang tak punya
ilmu menerajui pimpinan. Saya maksudkan ilmu di
sini bukan sahaja ilmu ekonomi, pengurusan,
teknikal atau teknologi. Tapi merangkumi ilmu
agama, fiqh, qanun, tafsir, hadith dan sebagainya.
Ini penting kerana politik untuk kemaslahatan.
Jika dengan semua ilmu ini, gubahlah apa dasar
pun, syariat tetap terpelihara.
Bukan juga bermaksud
golongan yang berpendidikan sekular tidak layak
langsung menjadi ahli siasah dan cuma golongan
yang berpelajaran agama sahaja layak. Bukankah
lebih bagus menggabungkan tenaga kedua-duanya,
agar lebih nampak keseimbangan. Bukankah Islam
itu menyarankan wasatiah.
Bagi saya politik tanpa
ilmu ibarat sungai tanpa tebing. Dan ilmu tanpa
politik ibarat lautan luas, walaupun ombak
mengganas, akhir-nya menjadi buih ditepian. Saya
kira perumpamaan ini cukup jelas. Ilmu itu lebih
penting daripada politik, dan politik tidak dapat
menyelesaikan segala-galanya. Kerana dengan ilmu
ada kesedaraan tentang keperluan bersiasah, ilmu
yang membawa saya mengenali kepentingan jihad dan
siasah syar'iyyah, bukan politik yang menjelmakan
pencarian ilmu saya. Semakin saya mendalami ilmu,
semakin saya mengerti, politik itu satu ilmu.
Wallahu a'lam
|