sekadar gambar hiasan - tiada kena mengena dengan yang masih hidup atau sudah tiada

CERPEN PILIHAN
DIA TELAH KEMBALI
NUKILAN : FATWA AINOR
ILUSTRASI : AFNAN
 

"Thanks Ainor!" Ucap ku seraya sampul surat biru berpindah tangan. Ku tilik sampul di tangan. Tulisan tangan tersusun kemas. Rapi, cantik, telahan ku. Persis seorang teruna memberi kepada dara. Berkasih dan bercinta. Ku amati setem di bahagian kanannya. Bercop Madinah. Negara jiran ku. Seribu satu soalan menerpa benak ku.

Sahabat lamakah ? Argh, tidak mungkin bekas pelajar Sekolah Sains Kuantan ke Madinah. Ke Jordan pun belum tentu. Ke London pastilah. Aku berteka-teki sendiri. Jangan-jangan peminat kot. Hik ! Hik ! Hik ! . Aku tersenyum sendiri. Perasan.!! Sebiji lemparan kata-kata terkena batang hidung ku sendiri. Lantas terus ku buka sampul surat itu. Semerbak haruman perfume Calvin Klein menyusuk rongga pernafasan ku. Arghh.. sesak ku rasa, bau lelaki.

"KEHADAPAN ADINDA FAIQAH AINURIZ YANG BERADA DI PERANTAUAN, APA KHABAR ADINDA SEKARANG ? BAGAIMANA DENGAN TUGAS SEHARIAN ADINDASEBAGAI SISWI DAN KHALIFAH ISLAM ? TERLAKSANAKAH 80% ? ATAU MASIH LAGI MERANGKAK DAN BARU CUBA UNTUK BERDIRI ? KEKANDA PASTI,ADINDA SUDAH MAMPU TERUS BERJALAN MALAH LEBIH LANCAR DAN TERSUSUN ATURANNYA. BAGI DIRI KEKANDA, AL-HAMDULILLAH,SETINGGI KESYUKURAN DIRAFA'KAN.
ADINDA,

MAAFKAN KEKANDA KERANA SUDAH LAMA TIDAK CUBA MENGUTUSI BERITA. WALAUPUN SABAN HARI INGATAN KANDA PADA DINDATIDAK PERNAH LUPUT,TAPI ITULAH ORANG SELALU KATA,APA ADA PADA INGATAN TANPA SEKELUMIT TINDAKAN. KEKANDA MENDAPAT BERITA ADINDA AKAN MENYEMPURNAKAN RUKUN ISLAM ADINDA. SELAMAT BERIBADAH,DAN INSYA-ALLAH KALAU ADA REZEKI KITA BERTEMU DI SANA.

AKHIRUL KALAM,KANDA DOAKAN SEMOGA SEGALA PERHITUNGAN DAN RENTAK KEHIDUPAN ADINDA TERALUN INDAH MELODINYA,SALAM PERMISI. "
 KEKANDA   
-MADINAH-

"Ciss..!! Kekanda manalah gegatal melayangkan surat misteri, kononnya. Suka hatilah nak pergi Jepun ke, Sudan ke, Mekah ke, nak jumpa pulak.!! "Kutuk ku dalam diri.

Hari yang ku nanti terasa debarannya. Irama degup jantung ku ibarat debaran kaki menjejak pelamin. Bagaimanakah Kaabah ? Indah kah Mekah ? Kilaukah Masjid Nabawi di bawah cahaya bulan ? Soal ku di dalam hati bertalu-talu. Walaupun ku tahu hanya jawapan sepi yang mampu ku perolehi. Terlaksanakah impian dan hajat ku sekiranya bas yang ku naiki ditimpa bala ? Wal'iazubillah.

Aku beristighfar dalam diri. Lambai kasih untuk mu teman. Doakanlah ketenangan dalam safarku. Lambaian ahlan dari mu Kaabah. Nantikanlah ketibaan ku.
Hari berlalu silih berganti. Musim haji yang ku harungi semakin tenang. Setenang air di kali. Pada Mu Ar-Rahman. Ku panjatkan kesyukuran atas kelancaran urusan. Pada Mu Ilahi. Ku panjatkan munajat. Kau terimalah segala taubat ku. Syukran atas sebuah ketenangan. Renung ku di hadapan Kaabah. Al-hamdulillah,bisik ku selesai sujud kepada Nya. "

Tiba-tiba aku tersentak,sebelah tangan menepuk lembut bahuku,

" Assalamualaikum,!! " Berdesing telinga ku mendengarnya. Bukan kerana kalimah Addin itu, tetapi daripada gerangan pemberinya. Suara garau yang pastinya daripada kaum Adam. Ku rasa tegang urat saraf ku. Berani sungguh menyentuh tubuh yang kudus ini,sedang Kaabah menyaksikan segala,Serentak itu ku angkat tangan kanan ku sambil berpaling mengadapnya.

Sebuah senyuman ikhlas daripadanya,langkah tangan ku terhenti.

" Walaikumussalam Waramatullah,!! " ku amati wajahnya. Bersih dan kemas,persis seorang hafizul kalamullah. Tidaklah aku mati kata terpesona menatap wajah Adam ini,syaitan mengalpakan,Aku beristighfar di dalam diri,

" Selamba saudara menepuk bahu saya," Tegas suara ku memulakan bicara. " Maafkan saya mengganggu konsentrasi Nuriz berzikir pada Ilahi," " What,!! " sekali lagi membuatkan aku tersentak,otak ku berputar ligat,Tiada sedikit pun perasaan bersalah tergambar pada wajahnya. Malah nama ku terkeluar lancar dari bibirnya.

" Emm,saudara mengenali saya,? " balasku serta-merta. " Masakan tidak,wajah dan nama saudari sentiasa di dalam sanubari saya,! " Lantas tanpa memandang sepintas aku bangun mengatur langkah. Makin dilayan bermukimlah syaitan,musuh pecinta Islam,Sepantas tindakan aku,sekilat itu jua tangannya memegang lengan kiri ku. Dengan sepenuh kudrat yang ada, ku angkat tangan kanan ku tepat ke sasaran,di pipinya. Dia tergamam,dan pastinya aku jua,Arghh,kenapa tindakan terlalu kurang ajar,bisik ku di dalam hati,Al-hamdulillah tidak ramai umat Muhammad di masjid ketika itu. Walaupun begitu senyumanya masih tidak lekang dan air mukanya masih tenang,seolah tiada apa yang menggugat ketenangan itu,tangan ku masih kejap tidak dilepaskan,degil betul makhluk Allah yang satu ini,gerutu ku dalam hati,

" Apa saudara nak ? " tanya ku kasar,tanpa sedikit pun perasaan hormat ku gambarkan, " Saya nak jumpa orang yang saya sayang ," Balasnya. " Siapa yang saudara sayang ? Apa kaitan dengan saya,saya tak mengenali saudara,.! " aku menjawab spontan,sakit hati ku menjadi-jadi,berjiwang pulak,sudahlah dengan muka selamba,tohmah ku tidak henti-henti di dalam hati,

" Saya nak kembali adik saya,saya sayang adik saya," Hentinya,kemudian dia termenung panjang, " Saya rindu adik saya," Sambungnya,ada getaran pada kalimah itu,kejujuran melafazkan membuatkan aku semakin keliru. 

" Well,What's related to me ? I don't know your sister. What kind I can do for you Mr," Aku menjawab bosan,

" Mr. Izat,saya Fakhrul Aizat Kamaruddin," dia menyambung sepintas,dan jawapan itu membuatkan aku semakin tersentak,Semakin keliru aku menghadapi Adam di hadapan ku ini,Arghh,Tidak mungkin,dia sudah lama pergi,meninggalkan aku,Membuang aku dari hatinya,tetapi renungannya seringkali membuatkan aku kalah,dan mudah goyah pada keputusan,dan sinaran renungan itu tidak pernah luput hingga kini.

" Nuriz,salam ukhuwwah dari abang,Maafkan abang meninggalkan diri mu dikala diri masih lagi buta mengenal dunia," Sambungnya,sedangkan aku masih terpena,,Adakah hanya igauan dan mimpi semata. Orang yang sudah lama ku anggap mati kini muncul kembali, malah disaksikan rumah Allah.

" Maaf, saya ingin pulang," balas ku sepintas. Tidak mampu ku biarkan mutiara ini tumpah sekali lagi,Hanya sebuah tragedi,Sebuah keluhan dilepaskan menyapa telinga ku.. ku lihat dia mengangguk lemah. 

Dan kini berbaki dua hari aku bermaustautin di tanah suci. Peristiwa pada pagi hening suatu tika dahulu masih tidak dapat kulupakan. Fakhrul Aizat Kamaruddin, tiba-tiba nama itu terlafaz di bibirku. Wajarkah aku menyimpan dendam, mengikat simpulan mati pada kasih yang mungkin terurai. Aku membiarkan diriku hanyut dengan teka teki yang sengaja ku cipta sendiri. Ku renung Kaabah di hadapanku. Apakah yang wajar aku lakukan? Membiarkan tali yang putus semakin jauh membawa haluan masing-masing,atau dengan ikhlas ku ikat rangkaian tali dua benua,.yang terlalu rindu pada simpulan pertemuan.

Masih segar bayangan lama mengetuk minda ku kembali,memaksa diri ku menyingkap sejarah yang ku simpan kemas di kotak memori ku,10 tahun yang lalu.

Prangggg,!! Sebuah kaca terhempas,serpihan bertaburan,aku tergamam,

" Kalau dah anak gampang,sekalipun di cuci dengan sejuta kebaikan,takkan suci,!! " tohmah ibu ku,Arghh,abang,apalah dosa mu. Aku hanya seorang anak kecil,yang tidak mampu menyusun kata membela abang ku,yang ku sayang,Beginilah nasib " anak tiri ",abang dididik adat ketimuran. Addin menjadi pegangan,menderhaka melawan kata ibu,arghh,takkan ini pun abang tak boleh membela diri,aku berperang sendiri di dalam hati,

" Aku tak tahulah macamana bapa kau boleh memilih perempuan sundal macam tu," hina ibu ku pada arwah bonda tercinta abang ku,isteri pertama ayah. " Hei,Izat,! Kau jangan ingat bapa kau sayang kau macam anak sendiri tahu,! Kau tu hanya menumpang,!!! " jerit ibu ku,masih tidak puas hatinya dengan tohmahan yang dilemparkan pada abang ku,bergema rumah dua tingkat di petang yang bersejarah itu,serentak itu tangan ku melayang kasar singgah di pipi abang ku. Arghh,apalah dosa mu abang, 

" Harap umur sahaja menjangkau 17 tahun,tapi akal cetek !!! " bertalu-talu ibu ku menghina,masih tidak puas ibu ku melemparkan kata,diangkatnya rotan buluh hinggap di tubuh abang ku,aku yang meyaksikan bermandi airmata,apalah daya ku membantunya,di saat ini hanya bapa ku,ku harapkan beristighfar atas sebuah lakonan,ibarat seekor harimau melapah daging mangsanya dengan rakus,ibu seolah-olah hilang pedoman,dan lakonan itu jualah bertukar rentaknya pabila bapa ku di sisi,ibarat warna pelangi tersusun indah,ibarat putera kayangan ibu membelai abang ku dengan penuh kemesraan dan kemanjaan,

" Maaf bu,abang tak sengaja," rayu abang ku meminta ihsan. Namun ibu ku lupa diri,makin bersuara,makin menggila membalas dendam, " Ibu,sakit bu,sakit bu,!! " Abang ku sedaya meminta simpati,Wajah abang ku lebam di kiri-kanan,kesan birat bilahan rotan cukup menyilukan,luka di kaki terlalu perit pedihnya,

Abang termenung keseorangan di dalam bilik,pintu abang tidak berkunci,ku tolak perlahan, " Abang," sapa ku lembut,setitik mutiara jernih ku mengalir merenung nasib abang,abang masih membatukan diri,ku hulurkan secawan nescafe panas untuk melegakan keperitannya,abang menyambut lemah,apalah aku tahu untuk mengubatinya,namun ku tuam belakang abang ku,ku peluk tubuhnya,abang mengaduh sakit,aliran mata abang mengalir laju,ku akui abang terlalu tabah menghadapinya,setabah Abu Ubaidah,mungkin hati abang tidak henti-henti menyebut kalimah Azza Wajalla,setelah puas membatu diri,abang bersuara,

" Adik,ibu tak suka abang,ibu tak sayang abang,abang anak gampang," Abang tak henti-henti menyalahkan suratan hidupnya,lantas ku peluk tubuh abang,ku usap kepalanya perlahan, " Ibu suci,adik suci," Sambungnya abang ku,ingin saja ku tutup bibirnya menahan luahannya,sepatah kalimah yang lahir dari bibirnya bisa membuatkan hati ku bagai disiat-siat sembilu, " Abang tak layak duduk di rumah ini," sedu abang ku berjauh hati,Arghh,abang,apalah dosa mu hingga terlalu hebat dugaan Allah datangkan,Abang menyambung kalimahnya lagi, " Adik,izinkan abang pergi membawa diri,ke tempat yang masih menerima diri yang hina ini," Berakhirnya permintaan itu,aliran nafas ku bagai terhenti,dan sepantas itu jua,sebuah ciuman hinggap di dahi ku,aku merenung abang ku sayu,mengharapkan ihsan darinya,diri ini masih memerlukan mu,abang ku,aku tidak mampu berdiri lagi,namun kata-kata ku tersekat di kerongkong ku,

" Abang,adik sayangkan abang,adik tak ada abang lagi di dunia ini," sedu ku, " Abang,sampai hati abang tinggalkan adik," rintih ku menahan keperitan,namun langkah abang ku terus maju,membawa arahnya tanpa menoleh ke belakang lagi,dan nyatalah diri ini tidak dihargai,

Ku rasakan pipi ku basah,arghh,terlalu perit mengingati peristiwa sejarah hidup ku,kehilangan orang yang ku sayang,apatah lagi diri ditinggalkan tatakala masih lagi terkapai mencari arah,ku seka airmata di pipi ku,dan tiba-tiba,bahu ku disentuh lembut,seraya itu sebuah bisikan menyapa lembut cuping telinga ku,

" Assalamualaikum,!! " Lantas tanpa membiarkan kasih yang ku rindu di bawa bayu,ku paling ke arahnya dan ku hadiahkan senyuman,ku raih tangannya lembut,ku cium dengan kemesraan tanda rindu ku pada diri mu Fakhrul Aizat,tidak berbelah bagi,

" Abang," Hanya kalimah itu yang lahir menyapa pertemuan yang ku nanti,airmata ku jatuh sekali lagi,

" Terima kasih kerana menerima diri ini kembali," balas abang,

Lantas waktu yang ada tidak ku siakan berlalu, panjang celotehku bercerita peribadiku, melepaskan 10 tahun rinduku yang terbuku. Begitu juga abangku, membawa diri bekerja mencari rezeki, hinggalah diambil sebagai anak angkat jutawan, dan pada usia kini, merantau ke Madinah menimba ilmu Allah. Kasih sayang mula bersemi. Ikatan yang putus terjalin kembali. Tanganku erat memaut lengannya, persis dunia milik kami selamanya, gelak dan tawa mengisi keharmonian.

Dan kini tibalah hari terakhir aku di Tanah Suci. Ku harus teruskan pelayaran hidup ini. Tugas berbaki sudah lama menanti. Lewatan senjaku luangkan masa bertemu kembali, orang yang ku sayangi, ku rindui, dan senantiasa ku cari.

"Abang, nanti kalau nak pulang ke Malaysia, boleh kita pulang bersama .." Kataku memula bicara. "Adik sayang.." Renungan matanya lembut, bisa membuatkan aku tertunduk malu. "Tiada apa yang istimewa untuk abang di Malaysia, ketenangan di sini lebih menghargai diri yang hina ini". Balasnya teratur, lantas tersenyum, aku termanggu sendiri. 

Bagai terkejut dari tidur, aku menyambung kata. "Abang tidak akan pulang ke Malaysia?" Soalku meminta kepastian. "Sayang .. dengar sini. Tiada siapa yang memerlukan anak gampang ini. Abang tiada ibu, ayah sudanh lama kembali menemui Khaliq. Malu rasanya menagih kasih lagi dari keluarga angkat abang. Cukuplah jasa yang diberi, dan kasih pada anak pungut ini." Luah abangku.

"Abang .. sampai hati membuang diri ini, adakah tiada ruang diriku di hatimu. Keluhku sendiri. "Abang .. sekalipun abang hilang semua, janganlah dilupakan diri ini. Terlalu rindu belaian kasihmu. Terlalu dahagakan kemesraanmu. Terlalu perit menanti pertemuan ini. Adakah adik yang hanya mengharapkan kasih terjalin kembali?" Rintihku. "Abang .. ibu ingin pohon kemaafan, ibu kini bukanlah ibu 10 tahun yang lalu." Ku cuba pujuk hatinya.

"Adik sayang .. Hati ini terlalu perit mengenang kembali. Cukuplah apa yang abang tempuhi. Terima kasih arRahim kerana menguji. Izinkan abang membawa haluan sendiri, mencari perhitungan diri." Balasnya. "Sayang .. terima kasih kerana menerima kembali, itu sudah cukup menghargai." Tutur abangku lembut. Argh .. terlalu keras hatimu, kenapalah hanya aku yang megharap kembali. Mengapa hanya aku yang dahaga pada kemesraan. Kenapa tiada sekelumit simpati darimu. Untukku menagih harapan, untukku mengutip dedaun kasih.

"Abang .. jika itu keputusanmu, terserahlah. Untuk apalah kita dipertemukan, sekiranya hanya menambah luka yang ada. Alangkah tidak baik abang tidak mengenali diri ini. Hanya adik yang mencipta harapan, membina impian, meneruskan igaun, mengharapkan kasih sayang, sedangkan abang ego dengan diri sendiri!" Aku terhenti seketika. Ku renung langit, terlalu hebat dugaanMu ya Allah. Pada hambaMu yang kuddus ini. Burung-burung pulang riang mensyukuri kenikmatan harian. Sedangkan aku masih lagi dalam dilema. Menghitung kesudahan. "Abang .. hati abang perit menerima tohmahan, hati adik derita menanggung kerinduan ditinggalkan, mengharapkan segalanya berakhir, tetapi rupanya hanyalah khayalan semata, yang tidak mungkin terurai, dihancurkan oleh orang yang adik sayang." Sambungku.

Ku biarkan dirinya hanyut di bawa bayu senja. Seolah-olah bermain dengan fikiran sendiri lagaknya. Tanpa ku beri ruang untuknya meneruskan kata. "Abang .. apa dosa adik? Terpaksa mengorbankan cita-cita, naluri, keinginan, untuk menggapai impian ibu, mencari abang dan kini telah bersua. Kenapalah diri menjadi mangsa?" Luahku, untuk kesekian kalinya kami membisu. Hanyut dalam perasaan diri sendiri. Terlalu rimas kurasakan seolah bermu'amalah sendiri. "Abang .. adik masih perlukan abang. Terima kasih kerana menghiris hati ini. Menambahkan lagi keperitan di dada." Seduku di akhir pertemuan. Abang hanya membatukan diri, tiada sebarang jawapan dan azan maghrib sayup berkumandang. Ku atur langkah meninggalkan pertemuan.

Tepat 8.30 malam, kami mempersiapkan diri. Abang sibuk membantu mengangkat barang memuatkan dalam perut bas. Masih tiada sebarang jawapan yang kunantikan. Lambaian pulang untukmu Kaabah. Terima kasih atas sebuah  keindahan ketenangan. Terima kasih alKhaliq, untuk sebuah pertemuan dan akhirnya, terima kasih abangku, kerana mengundang resah. Ku cium tangan abangku. Tiada sebarang jawapan atas permintaan. Ternyatalah harapanku musnah. Aku mengangguk lesu, ku daki tangga bas satu persatu. Harapan hanya tinggal harapan, dengan lemah ku lambaikan tangan. Selamat tinggal abangku sayang.

Hari berlalu meninggalkan musim, pulang bersama segulung ijazah yang seringkali dijadikan ukuran, selesai dalam sebuah perjuangan. Pulang untuk selamanya, mendambakan diri pada tanah air, meneruskan sisa hidupku yang berbaki, merantau nasib mencari kebahagiaan, dalam pencaturan diri. 

"Ting tong!" loceng rumahku berbunyi. Pastinya rakan-rakanku datang ingin mengirim bungkusan. Dengan lantang aku bersuara. "Min !". "Assalamualaikum!" Sangkaanku meleset sama sekali dan aku amati suara itu. "Faiqah Ainuriz ada?" sambungnya. Aku tergamam , suara inilah yang kurindu dan ku nanti. Namun ku sabarkan hati. Ku takuti hanya khayalan semata, pelanduk dua serupa, dengan pantas ku sarung tudung sutera biru. Aku berlari membuka pintu. Tidak sabar rasanya untuk mengetahui siapa. Tidak sanggup lagi membiarkan diri bermain dengan sejuta teka-teki.

"Apa khabar?" Sapanya pemula bicara. Tepatlah telahanku, lantas ku raih tangannya, ku cium menyambut kedatangan. Ahlan.. kata hatiku. Kupersilakan masuk, saling bertukar cerita. Pertemuan itulah yang masih ku harapkan, ku impikan. "Kita pulang bersama .." Kalimahnya di akhir perbicaraan. Aku membalas sambil tersenyum. Syukru padaMu yang Esa, atas pertemuan di akhir garisan, ingin ku khabarkan pada burung. Aku menemuinya. Ingin ku laungkan di gunung tinggi, menyatakan  kegembiraan. Ingin ku luahkan pada alam, dia telah kembali. Dan kini, di sebelahku, mengalun mimpi, tabah menghadapi segala. Raut wajahnya yang tenang, lembut teratur susunan nafasnya, sedangkan diri menyimpan seribu satu peristiwa. Ku lentokkan kepalaku manja ke bahunya.

Terima kasih Fakhrul Aizat kerana telah kembali.

E kembali ke tajuk | ke menu utama F